Tentang Kami

HSR Electronic Store adalah perkhidmatan kedai atas talian yang menyediakan penjualan sumber digital kepada pelanggan yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Hadafi Solution & Resources (002296215-M), sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Januari 2014 .

Laman web komersil ini diasaskan bagi membantu pengguna-pengguna di luar sana mendapatkan produk-produk digital yang dijual dalam pelbagai variasi. Fokus utama kami adalah produk yang berasaskan kepada pembangunan laman web terutamanya sistem pengurusan kandungan Drupal.

Laman ini telah dibuka secara rasminya pada 20 Februari 2013.

Selain itu, terdapat beberapa terbitan produk digital yang menyentuh tajuk-tajuk lain seperti "Search Engine Optimization" dan OpenCart. Setiap produk kami ditulis sepenuhnya boleh penulis yang berpengalaman dalam mengguna dan mempersembahkan setiap perkara dengan baik dan mudah untuk diikuti. Penggunaan tatabahasa dan rujukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka adalah antara kunci ketinggian dan kualiti setiap produk yang dilahirkan.

Sehingga kini pihak kami menerima pembayaran menerusi transaksi bank dan PayPal sebagai medium yang dapat memudahkan proses pembelian di atas talian.

Powered By OpenCart
HSR Electronic Store © 2017